Showing posts with label Asas Perkambingan. Show all posts
Showing posts with label Asas Perkambingan. Show all posts

Tuesday, 18 March 2008

Silaj Sebagai Alternatif Sumber Makanan Ternakan

Pada ketika ini, rata-rata para penternak mengeluh perihal kenaikan mendadak dan berterusan harga makanan pellet untuk ternakan, dan penternak kambing tidak terkecuali.
 
Bagaimanapun, pada Bro, satu advantage penternak kambing ada berbanding penternak ayam ialah, penternak kambing boleh memperkenalkan silaj bahan terbuang pertanian sebagai sumber alternatif untuk ternakan kambing.
 
Kambing adalah haiwan herbivor. Maka, pemakanannya menjurus kepada makanan hijau seperti rumput dan dedaun.
 
Bagaimanapun, bagi penternak masa kini yang menjurus kepada pengurusan ternakan feedlot, sumber makanan bahan hijau ini menjadi "constraint" kepada operasi tersebut. Puncanya: tiada bekalan berterusan; antara sebabnya: kekurangan tapak untuk menanam rumput.
 
Kenaikan harga pellet boleh dikaitkan dengan analisa "demand and supply" atau paras pengeluaran dan paras permintaan masa kini. Apabila pellet menjadi sumber utama makanan ternakan sementara bahan hijau sebagai bahan tambahan atau suppliment, maka ketidakseimbangan pada paras permintaan yang tinggi dengan paras pengeluaran sedia ada akan mengakibatkan permintaan melebihi pengeluaran, lalu menyebabkan kenaikan harga pellet.
 
Apabila 70% kos operasi adalah makanan ternakan, maka kenaikan harga akan efek keberkesanan operasi ladang.
 
Dari nota agensi yang terlibat dengan ternakan, dan juga perbualan dengan rakan-rakan Bro yang telah memperkenalkannya kepada ladang mereka, Bro merasakan silaj adalah satu alternatif kepada penggunaan pellet bagi ternakan kambing kita kerana caranya yang mudah dan kos penyediaannya juga agak rendah. Antara bahan yang boleh digunakan sebagai silaj adalah batang jagung, pelepah sawit, hampas tebu dan rumput napier.
 
Dengan memperkenalkan sumber makanan alternatif, bukan sahaja kita dapat mengurangkan kos operasi, kita juga akan memberikan "pressure" kepada pengeluar dengan mengurangkan permintaan dan "reliance" kepada pellet semata-mata.
 

Kebaikan Berkursus

Pada 15 hingga 17 Mac baru-baru ini, Bro berkesempatan untuk mengikuti Kursus Ternakan Kambing anjuran AlBarakah Global Food Industry dan Bank Pertanian Malaysia. Terima kasih saya ucapkan kepada semua di AlBarakah farm dan BPM atas layanan dan peluang yang diberikan.
 
Hari ini Bro ingin bercerita tentang kebaikan berkursus.
 
Bila cerita tentang kursus, ada juga Bro dengar orang berkata "buat apa nak pergi kursus, balik-balik cerita yang sama," atau, "tak payah lah pergi kursus lagi sebab aku dah pergi dah." 
 
Sebenarnya, pada pendapat Bro, ada beberapa kebaikan dari kursus sebegini:
 
i. Sebagai "Refresher":
Kadang-kadang, bila kita pergi kursus buat kali pertama, kita akan "blur" tentang apa yang dibincangkan. Jadi, kursus yang kedua, ketiga dan seterusnya akan menjadi "refresher" untuk kita, dan memudahkan kita mengikuti perbincangan sesuatu topik atau perkara itu pada kali yang kedua, ketiga dan seterusnya, lebih-lebih lagi jika kita berkecimpung dalam bidang berkenaan selepas kursus yang pertama itu.
 
ii. Mendapatkan Info baru:
Kita perlu melihat kursus itu sebagai salah satu gelanggang untuk kita mendapatkan informasi baru berkaitan bidang yang kita ceburi. 
 
Sebagai contoh, pada kursus bersama AlBarakah ini, Bro mendapat ilmu dan pengalaman baru mengenai kaedah "post-mortem" sebagai cara siasatan penyakit ternakan kambing kita.
 
Selain daripada informasi baru dari penceramah, Bro juga mendapat informasi baru tentang operasi rakan-rakan penternak yang lain.
 
Informasi ini amat berguna dan boleh Bro bawanya ke dalam operasi ladang Bro sendiri.    
 
iii. Mendapatkan Info terbaru:
Semasa berkursus juga kita boleh dapatkan info terbaru sesuatu perkara atau topik berkaitan bidang yang kita ceburi.
 
iv. Tempat ber"network":
Kursus juga perlu dilihat sebagai gelanggang untuk kita menambah serta memperbaharui dan memperbaiki network kita. 
 
Semasa kursus ini, Bro berkenalan dengan rakan ternak baru yang ladangnya cuma 20km dari ladang Bro di Melaka. Bro juga berkesempatan berjumpa semula rakan ternak yang Bro kenali semasa berkursus di ladang Cikgu Halim di Melaka tahun lepas.
 
Bro juga dapat bertemu dengan rakan ternak yang Bro kenali hanya di Internet sehinggalah bertemu dengannya semasa kursus ini; juga Bro dapat bertemu dengan rakan ternak yang sudah agak lama juga tidak berkesempatan menemuinya.
 
 
Jadi, rakan-rakan ternak semua, optimumkanlah kemudahan kursus yang kita hadiri. Juga, rebutlah peluang yang ada untuk kita hadiri kursus-kursus akan datang.
 

Wednesday, 27 February 2008

Menceburi Bidang Pertanian

Saya student diploma di KPTM, dalam bisnes management. Insyaallah bulan Jun nanti saya konvo. Saya minat bidang agrotek..tapi tak tau apa-apa. Dari mana nak mula? Dan bidang mana yang sesuai untuk budak baru macam saya?

 
Bro Kamal:
Tentang pertanyaan Cik Fadilah, bagi Bro, menceburi bidang pertanian ini tiadanya misteri, ianya sepertimana menceburi bidang-bidang yang lain.
 
Kita boleh mulakan dengan pekerjaan ataupun terus memulakan biznes. Bagaimanapun, ini pendapat Bro:
 
mulakan dengan pekerjaan: 
mula dengan bekerja di syarikat atau agensi yang terlibat di dalam bidang tersebut; sebagai contoh, untuk ceburi bidang tani sertai agensi seperti jabatan pertanian, untuk ceburi bidang ternakan sertai jabatan penternakan, dan sebagainya. Tidak semestinya perlu jadi veterinar, jika kita terlibat bahagian akaun ataupun pentadbiran, akan ada peluang untuk belajar aspek-aspek pertanian ataupun penternakan; Tak pun bekerja dengan ladang-ladang yang sedia ada. Ini adalah atas  initiatif kita sendiri. 
 
mulakan dengan biznes:
buat penyelidikan, dapatkan latihan kursus seperti, jika nak buat biznes kambing, dapatkan kursus latihan ternakan kambing, kursus perniagaan, kursus pemasaran; minta le jadi "kuli" di ladang-ladang kambing yang sedia ada untuk mendapatkan physical & practical exposure; ye lah, kena le tau bau kambing macamana, macamana nak bagi kambing makan, fahami kerja-kerja yang perlu dilakukan. Nanti kita asyik harapkan pekerja, pekerja pula senang-senang tipu bos, bos pula tak perasan! Buat anggaran kos dan capital requirement, cari modal, dan sebagainya.
 
Ringkasannya, yang perlu kita lakukan ialah selidiki bidang tersebut, fahami aspek pentadbiran, capital requirement, pasaran dan pemasaran, permintaan, keuntungan serta riziko bidang tersebut. Lagi satu, teruskan pembelajaran kita untuk perkembangan ilmu.
 
Harap cerita di atas membantu Cik Fadilah dalam career planning and menyelidiki what's the next step.
 

Sunday, 28 October 2007

Konvensyen Pertanian Kebangsaan 2007








Perubahan cara pemikiran dan sikap memang menjadi agenda dan tuntutan utama sekiranya kita ingin mencorak langkah ke hadapan dalam apa jua bidang sekalipun, termasuk sekiranya kita ingin mengapai kejayaan di dalam bisnez termasuklah biznes asas tani.

Pertanian adalah Perniagaan ... Bro Kamal

Monday, 13 August 2007

Pertanyaan ... Biznes Part-time atau Full-Time?

Bro ada menerima satu lagi email dari rakan kita yang berhajat untuk menceburi bidang biznes kambing ini. Pertanyaan beliau berbunyi begini:

(Nota: soalan dan jawapan telah diedit untuk kesesuaian)

Bro Kamal,
Salam.

Nak tanya, kalau (biznes kambing ni) part time, bila dan berapa lama pergi tengok kambing? Saya tengah minat bela kambing. Cuma ragu2 tentang cukup masa tak masa nya nak kerja makan gaji dan meluangkan masa bela kambing part time. Harap dapat beritahu pengalaman.

Jawapan Bro:

Salam.

Macam biznes-biznes lain juga, biznes kambing ni perlukan pantauan harian, lebih-lebih lagi peringkat permulaan ni dan kita dealing dengan benda hidup - penjagaan makanan, kebersihan dan kesihatan penting!

Jika ingin mulakan biznes kambing ni, pendapat bro, option-option yang boleh kita pertimbangkan:

Satu, cari interested partner yang boleh beri komitmen fulltime untuk pastikan rutin harian dilaksanakan. Lebih kurang kita investing partner dia working partner le. Samada dia buat sendiri kerja-kerja tersebut atau ada pekerja untuk lakukannya sementara partner kita lakukan kerja-kerja lain seperti pentadbiran, kewangan, pemasaran dan sebagainya, terpulang kepada corak pengurusan dan modal/budget kita.

Untuk option ini, perlu dikaji dan dibincangkan ganjaran beliau untuk buat benda ni fulltime. Kita juga perlu kaji peranan kita dalam partnership ni. Kalau kita asyik tanya hal profit aje tanpa beri input atau put in effort (kecuali modal) untuk kejayaan biznes (ie sebagai sleeping partner) working partner akan rasa stress dan tension dan ada kemungkinan quit the partnership sebab semua benda dia buat! Tapi ada juga working partner yang nak buat semua benda & mahu kita jadi sleeping partner aje - tapi yang ni ada kemungkinan sleeping partner kena main akhirnya.

Bukan mudah, jadi kaji betul-betul peranan kita dan partner, background partner, dan juga corak pengurusan pentadbiran, kewangan, pemasaran, salary & benefit yang boleh dipersetujui oleh kedua-dua pihak.

Dua, cari pekerja yang boleh laksanakan rutin harian. Ini nampak mudah tetapi kita perlu pantau kerja pekerja kita untuk pastikan tak ada "slacking": macam bro kata awal tadi, kita deal dengan benda hidup, kelekaan boleh memudaratkan livestock kita. Ade juga kes pekerja buat trading dia sendiri tanpa pengetahuan owner!

Bagaimanapun, kerja-kerja lain seperti kewangan, pentadbiran, pemasaran perlu juga dilakukan dan untuk kita buat semua benda bukan mudah tetapi tidak mustahil. Satu cara atasinya (option tiga) ialah cari partner-partner part-time yang lain untuk kongsi atau rotate kerja-kerja ini.

Maaf sebab bro tak dapat beri skima jawapan, cuma dapat beri panduan aje. Bidang biznes ni perlu lihat acuan kita sendiri jadi tak boleh lah nak cut and paste aje. Tetapi tiada mustahilnya. Ada kenalan Bro yang buat biznes guna acuan option 1 dan ada juga guna acuan option 2 dan option 3. Jadi, ketiga-tiganya workable!

Harap ianya membantu.

Ikhlas,

Bro Kamal

Wednesday, 8 August 2007

Pertanyaan ... Bagaimana Memulakan Biznes Kambing

Baru-baru ini Bro menerima email dari rakan kita Rose dan Fakhrul, bertanyakan bagaimana memulakan biznes kambing ini: "common question" dikalangan bakal penternak. Harap Rose dan Fakhrul tak kesah dengan penyiaran ini sebab Bro pun mempunyai soalan yang sama pada permulaannya.
Nota: Soalan dan Jawapan diedit untuk kesesuaian

Fakhrul:

Saya amat berminat untuk bukak ladang kambing.. tapi, saya selalu dipandang rendah bila discuss benda ni dengan keluarga..


Saya nak mintak pandangan bro kamal.. macamana nak mulakan benda ni.. hmm.. terima kasih banyak ya..


Rose:

I just nak tanya...i nak mencuba bidang penternakan kambing ni, boleh tak bro beri sedikit tips untuk memulakan bis ni dan boleh tak bro beritahu saya serba sedikit mengenai modal/capital yang diperlukan, berapa pulangannya, mature age dan lain lain.

Jawapan Bro:
Jangan gusar sangat tentang komen keluarga. Biasa le tu .. niat mereka baik, rasanya diaorang risau jika Fakhrul teruskan tapi terbengkalai di tengah jalan. Lebih mudah kerja makan gaji.

Mana-mana biznes pun ada yang berjaya dan ada yang terbengkalai; sebab-sebab terbengkalai berbagai-bagai. Bagi kita yang ingin ceburkan diri perlu mengenalpastinya supaya kita tak buat "the same mistake", atau jika "make the mistake" perlu peka kepada jalan-jalan penyelesaiannya.


Tentang biznes kambing ni, bagi Bro, ianye tiada secret, dan ianya juga tiada shortcut; perlu perancangan dan penyelidikan. Tapi, macam biznes lain-lain jugak, tak ada mustahilnya.


Titik mula, amati dan fahaminya dan tanya diri kita samada ini biznes kita dulu. Kite kena ketahui kenapa kita dalam line bisnez ini dan bukan biznes lain - minat penting kerana ianya boleh menguatkan semangat bila hadapi problem nanti.


Buatkan rancangan perniagaan kita. Jangan tiru orang, tapi guna pengalaman/kertas kerja orang sebagai petunjuk jalan - RP ini sebagai guide arah tuju kita dan juga kayu pengukur pada perjalanan biznes, penilai samada kita ni tersasar atau on target.


Kaji pasaran apabila kita nak tentukan corak biznes kita - nak buat trading/breeding atau sebaliknya, nak kambing jenis apa (boer? Jamnapari? Katjang? Jermasia?). Selidik siapa target klien kita. Jangan lupa hebahkan biznes kita, mana orang nak tau jika tak dihebahkan. Ada cerita saya dengar orang sekampung pun tak tau diaorang bela kambing.


Jangan bersendiri, bina jaringan rakan-rakan penternak. Pasaran besar sebenarnye jadi tak perlu risau. Saya berpegang pada kata-kata "setiap orang ada rezeki masing-masing." Malahan, bila nak buat proposal kepada agensi-agensi kerajaan lebih mudah bila kita dalam kumpulan.


Ringkasan tip-tip Bro memulakan ternakan ni boleh rujuk post Bro pada 2 Julai lepas, titlenye: memulakan biznes ternakan kambing anda.


Rakan-rakan juga boleh rujuk blog rakan-rakan tani lain yang Bro senaraikan di blog Bro. Macam-macam tip dan cerita tentang kambing ada di situ. Anda juga boleh rujuk forum-forum; di situ ada penternak-penternak (bakal, baru dan otai) yang memberi tip, pendapat dan komen yang boleh dijadikan panduan.


Lagi satu, lawati kandang rakan-rakan penternak, tengok sendiri dan tanya aje apa-apa yang terbuku dihati. Takpun join skali bila kitorang mengeteh...


Ikhlas,


Bro Kamal

Tuesday, 7 August 2007

Kenali Rumput Anda: Guatemala, PetaiBelalang & Alfalfa

Rujukan rumput-rumput seterusnya yang boleh anda "consider" untuk ternakan anda:


Guatemala


Petai Belalang



Alfalfa:
kandungan proteinnya agak tinggi. Berhati-hati bila menggunakannya kerana berkemungkinan membawa kekembungan pada ternakan kambing anda.

Thursday, 5 July 2007

Kenali Rumput Anda: Rumput Para, Humidicola & Ruzi

Rujukan seterusnya, rumput-rumput dari keluarga Brachiaria:




rumput Para





yang ini lebih dikenali dengan nama Humidicola



dan yang ini pula, rumput Ruzi.


Ketiga-tiganya rumput yang tumbuh rendah, boleh menjadi pilihan anda jika ingin memilih rumput untuk padang ragut...

Tuesday, 3 July 2007

Memulakan Biznes Ternakan Kambing Anda

"Perlu kursus dulu ke?"
"Macamana nak mula?"

Soalan-soalan sebegini seringkali saya terbaca di forum-forum.

Bermula dengan Zero Knowledge dan Zero Experience, dan setelah melalui 6 bulan pertama bidang ternakan kambing ini, pendapat saya:

- mulakan dengan mendapatkan info-info tentang bidang ini. Dekati penternak-penternak yang sediaada, dan dapatkan pendapat, pandangan dan tip-tip dari mereka. Kemudian, tanya diri anda jika bidang ini untuk anda.

- susuli dengan kursus asas perkambingan. Infomasi yang anda perolehi akan memberikan keyakinan dan semangat untuk memulakan biznes ternakan anda. Cari mentor di kalangan penternak untuk konsultansi dan tunjuk ajar.

Sekarang, anda sudah bersedia untuk memulakan biznes ternakan kambing dengan penuh keyakinan diri!

"Follow-up" dengan ilmu-ilmu pelengkap diri sebagai biznesman:

- ikuti kursus-kursus asas biznes seperti kursus asas perniagaan, kewangan, pemasaran dan sebagainya.

- dekati persatuan, pertubuhan, agensi mahupun orang perseorangan yang berkaitan dengan biznes ternakan anda.

- lebarkan jaringan atau network dengan penternak-penternak, trader dan supplier.

- "Keep up to date" dengan perkembangan biznes ternakan kambing anda; antaranya, dapatkan info-info berkenaan teknologi-teknologi dan teknik-teknik terkini, suasana atau senario sektor ternakan, dan peluang-peluang yang ada.

Saya rasa tip di atas boleh digunapakai untuk sebarang bentuk biznes.

Fikir-fikirlah langkah anda seterusnya ....

Friday, 29 June 2007

Kenali Rumput Anda: Rumput Sorghum

Di sini saya sertakan dua jenis rumput Sorghum: Dominator dan Hunni Green





Rumput ni macam ade "jambul" di atasnye. Cara menanamnye: biji benih; batangnye pun bole cuba gak ...

Kenali Rumput Anda: Rumput Guinea



Gambar ini memaparkan Guinea Common. Seperti juga Napier Common, rumput ini mudah didapati di tepi-tepi sungai atau kawasan padang terbiar.

Berbeza dengan rumput Napier yang berbatang besar, rumput Guinea tumbuh bagai pokok serai dan daunnye dikatakan "miang" sedikit dari Napier. Jadi, menuainye mungkin leceh sedikit.

Rumput Guinea yang dicadangkan untuk ternakan ialah Guinea Purple kerana kandungan nutrien yang lebih baik dari Guinea Common; rupanya seperti Guinea Common cuma benihnya berwarna purple atau ungu.

Cara menanamnye: biji benih atau keratan batang

Wednesday, 27 June 2007

Kenali Rumput Anda: Rumput Napier

Sebagai rujukan, antara rumput-rumput Napier yang ada dan boleh kita gunakan:


Napier Common, ni biase kite lihat kat tepi-tepi sungai atau padang ... tumbuh liar aje



ni pula yang fames sikit dengan penternak-penternak kita ... Napier Taiwan


yang ni jarang kite lihat atau dengar ... Napier Australia


Rumput Napier ni berbatang besar, jadi proses menuai lebih mudah berbanding rumput Guinea.

Cara menanamnye: keratan batang

Thursday, 21 June 2007

Diet Pemakanan Kambing

Pada kala ini, kita dapat lihat peningkatan dalam bilangan pengusaha-pengusaha ternakan, dan penternakan kambing tidak terkecuali. Penternakan dilihat sebagai suatu cabang biznes yang mampu berdaya saing dan memberikan pulangan yang lumayan.

Seperti mana-mana cabang biznes, faktor kos menjadi topik utama dalam penilaian untung rugi sesuatu biznes, begitu juga dengan biznes penternakan kambing. Dibidang ini, kos pemakanan ternakan adalah penyumbang utama kepada kos biznes, dan dinilaikan sehingga 70% daripada kos keseluruhan operasi: kos-kos lain termasuklah kos penyelenggaraan kandang, pekerja, rawatan, ubatan dan kesihatan, air dan elektrik, serta pengangkutan.

Pada asasnya, kambing adalah herbivor atau pemakan tumbuh-tumbuhan. Jadi, bekalan bahan tumbuhan segar seperti rumput atau dedaun yang berterusan sambil mengurangkan pengantungan kepada makanan tambahan seperti pellet dapat mengurangkan kos makanan dan kos keseluruhan operasi.

Fikir-fikirlah diet pemakanan ternakan anda ...

Wednesday, 20 June 2007

Daging Kambing : Diet Pemakanan Masyarakat Malaysia

Secara amnya, masyarakat masih mengganggap daging kambing tidak bersesuaian dijadikan sebahagian diet pemakanan berbanding dengan daging ayam, lembu mahupun bebiri.
Di bawah saya sertakan satu carta perbandingan nutrien daging kambing hasil kajian Jabatan Pertanian Amerika Syarikat (USDA).
Apakah reaksi anda sekarang?

Per 3 oz. Cooked
GOAT*
CHICKEN**
BEEF***
LAMB****
Calories
122
162
179
175
Fat (g)
2.6
6.3
7.9
8.1
Sat Fat (g)
0.79
1.7
3
2.9
Protein (g)
23
25
25
24
Cholesterol (mg)
63.8
76
73.1
78.2
*Game meat, goat, cooked roasted
**Chicken, broilers or fryers, meat only, roasted
***Beef, composite of trimmed retail cuts, separable lean only, trimmed to 0" fat, all grades, cooked
****Lamb, domestic, composite of trimmed retail cuts, separable lean only, trimmed to ¼" fat, choice, cooked
Data dari USDA Nutrient Database for Standard Reference Release 14 (July 2001)
Diambil dari laman North Carolina Meat Goat Producers Inc